Sabtu, Disember 26, 2009

Renunglah sejenak.....

Al-Fatihah buat bonda tercinta, NORIZAH MOHD dan keluarga kerana kembalinya ke Rahmatullah bonda mereka malam tadi di Temerloh. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah.

'Yang hidup pasti akan mati' yang tinggal, teruskan hidup selagi hayat dikandung badan.
TERINGAT ZAMAN KANAK-KANAK - sewaktu di bangku Sekolah Rendah Kebangsaan Dungun Perempuan 2, arwah bonda kepada Jan, pandai buat kek, selalunya kami dapat makan kek hasil air tangan arwah bila penghujung 'penggal persekolahan', di mana jamuan kelas akan di adakan setiap cuti penggal (dulu 2 kali setahun cuti penggal persekolahan: pertengahan tahun dan akhir tahun), "ehhhh... betul ker nih... rasanya 2 kali setahun... ingat-ingat lupa pulak.... kalau silap, tolong betulkan kenyataan ini yer kekawan semua...") yang syoknya tu, time Jan bawa kek ke sekolah/kelas, berebut kita orang nak rasa kek beliau walaupun sepotong hanya sebesar ibu jari. Zaman itu, kek di katogerikan 'kuih' paling kelas gitu... bagi kami yang ibu/bapa tak tahu buat kek, nak makan kek hanya beli dari kedai, itu pun setahun sekalilah rasanya. Aku pandai buat kek setelah masuk ke sekolah menengah (tingkatan satu). Waktu itu, ada mata pelajaran 'Home Science' yang di ajar oleh Miss Khor. Kelas tersebut belajar memasak dan menjahit. Sejak 'tahu' buat kek, maka saban aidil adha dan aidil fitri aku akan buat kek walaupun 'kureng' menjadi, lama-kelamaan.... kira-kiranya 'ok lah tuuu'. Selain dari itu, aku juga buat kek yang diminta oleh jiran tertangga atau saudara mara siap dengan hiasan 'ising/cream' digubah mengikut kreativiti ku sendiri.(Masa ni, menang tempat ke3 diacara hias kek sempena Merdeka Fest Jabatan - redah jer,
tak buat apa persiapan pun, 'just walk in'.Bila direnong kembali.... seorang demi seorang ayah bonda kita pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Yang ada pada kita adalah harta berupa ilmu yang diberi, kesabaran yang di latih, keyakinan yang di asuh, serta kekuatan yang diajar untuk kita teruskan hidup ini sehingga tiba giliran kita pula di jemput oleh NYA.Sama-samalah kita berdoa agar roh ayah bonda kita yang telah pergi di tempatkan oleh NYA dalam gulungan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sedia atau tidak, kita tidak akan terlepas dari KEMATIAN.

Ahad, Julai 19, 2009

Kenangan terindah

Penulis bergambar kenangan bersama bekas pengacara TV9 Pn. Farah Adeeba.Turut sama dalam gambar ialah Pn. Suraya Mat Zaid (dok tahu la... bakper jadi besor lagu tu, dulu pemenang Ratu Fesyen Bintang SMSO 1976, lerning jadi ratu gak, bukan ratu kebaya, tapi Ratu Sebaya... sori Su... kutuk seket jer). Gambar ini di rakam sewaktu Majlis Anak-anak Dungun di Perantauan III yang telah di adakan di Dewan Merdeka, PWTC KL.

Mengabadikan kenangan bersama teman-teman lama - Na, Esah Mutalib, Zaiton Sepit, Suraya Mat Zaid dan Rustin Hamzah.
Esoh pemenang Tokoh Sukarelawan Daerah Dungun. Malam tu, wajohnya berseri-seri. Bak bulang ngambang. Pakai bedak 'fair and lovely' ker Esoh weh...Bergambar dengan Dato' Rosli Mat Hassan, Ketika itu beliau Ahli Parlimen Dungun.
isyehhh... bakperlah gelap semacang jer gambor nih. Terlebih senyum gamoknya

'Reunion' - Februari 2007 di Dungun Golf Club, Tanjung Sura Dungun. Anjuran bekas penuntut DESS/MCE 1973. Dari kiri ke kanan: Normala Yusoff, Nik Rokiah, Esah Mutalib, Zainun Mohd Nor, Rohana Jusoh dan Kamsiah. Duduk dari kiri ke kanan: duduk nombor 1 dan 2 dah lupa nama..., Puteri Kamalia dan lupa lagilah namanya (Sesapa yang tahu nama member kita ni, Msg me pls).



Dari kiri ke kanan:
Kamsiah, Nik Rohani, Zainun Mohd Nor dan Nik Rokiah
Doksekke sikit abok buleh jupper semula setelah lebih 30 tahun... semernya doh jadi 'orang tua' belaker





Dari kiri ke kanan:
Jabar, Amri, Tg. Yusoff, Rohana Jusoh, Zainun Mohd Nor, Esah Mutalib, Marzuki Endut dan Abdul Hakim Hassan.

Pertemuan yang sangat ceria!




Bersama Tan Swee Lan. Teman masa form 5 Art2,

Kini, beliau menetap di United Kingdom, suami dia orang putih daaa.... Beliau pulang ke Dungun kerana menyamput Tahun Baru China.


Gathering 26 Disember 2006. Rubiah dan suami (Mohamad Nor) bermurah hati mengadakan majlis di rumah mereka. (Thanks so much to both of you).
Duduk dari kiri ke kanan: Junaidi, Noriah Zakaria, Zainun Mohd Nor, Sharifah Khatijah, Rubiah Abdullah, Norizan Mohamad, Marina Muda dan Esah Mutalib. Berdiri dari kiri ke kanan: Engku Zainal, Amri, Nazubir Tawang, Mohd Nor (Suami Rubiah) Marzuki Endut, Ibrahim Lah dan Engku Khalid (Suami Norizan).


Terujanya! Setelah lebih 25 tahun jupper semula. Penulis, Norizan Mohamad, Marina Muda dan Esah Mutalib merupakan kawan sejak darjah satu (1965) . Sedarjah dengan Rubiah Abdullah ketika darjah empat di Sekolah Kebangsaan Dungun Perempuan 2, kini, dengan nama Sekolah Kebangsaan Kuala Dungun. Manakala Sharifah Khatijah, Junaidi dan Noriah adalah teman satu sekolah bermula semasa form one di DESS.

Penubuhan Jawatankuasa Alumni DESS/SMSO 1977

26 Jun 2009 merupakan tarikh keramat kepada kami group MCE (SPM) 1977 kerana pada tarikh tersebut satu perjumpaan atau 'reunion' telah di adakan di dewan Sekolah Menengah Sultan Omar Dungun. Betapa gembira dan terharunya kami kerana setelah 30 tahun meninggalkan bangku sekolah tersebut, baru sekarang kami kembali menjenguk semula sekolah tersebut.
Barisan jawatankuasa Duduk dari kiri ke kanan: Pn. Hjh. Norhayati Hussein (Bendahari), Che Jumat Ahmad (Pengerusi), Left. kol. Norazman Yahya (Penaung), Arwah En. Rostin Hamzah (AJK), Berdiri dari kiri ke kanan: En. Abdul Rokies b. Abdul Ghani (AJK), En. Lim Cheng Foo (AJK), DSP Ya @ Yazri Ismail (AJK), Pn. Zaiton Sepit (AJK), Pn. Hjh. Zainun Mohd Nor (Setiausaha), manakala En. Wan Ali (AJK) tiada dalam gambar.
Jawatankuasa ini di tubuh adalah bertujuan untuk mengadakan aktiviti-aktiviti kekeluargaan dari masa ke masa bagi mengeratkan lagi talisalaturahim antara kami dan juga sekolah, daerah Dungun dan Negeri Terengganu amnya. Semenjak meninggalkan bangku sekolah, ramai di antara kami telah membawa haluan masing-masing, ada yang masih menetap di Dungun, dan ramai juga yang merantau. Keseluruhannya, masing-masing telah mempunyai keluarga yang besar dengan anak menantu malah sudah bercucu.

Perjumpaan selama 4 jam ini turut di hadiri oleh bekas guru kami iaitu Cikgu Hasbullah. Beliau meluangkan masa dari awal sehingga majlis selesai. Kehadirannya sangat di hargai. Mari kita berkenalan dengan sebahagian kawan-kawan kita yang hadir (dari kiri ke kanan): Isteri dan anak-anak Yazri, Hj. Mat Norowi, Zaiton Sepit, Hjh. Norhayati, Rustin, Zainun, Aniah, Che Baharum, Cik Gu Hasbullah (Batik Ungu), Pajri dan Norazman.
Sebelum ini, kami pernah mengadakan 'gathering' yang serupa bertempat di Tasik MARDI, Serdang Selangor. Gathering tersebut di hadiri oleh group MCE 1976 dan 1977. Turut hadir ialah Cikgu Yahya (dulu guru Mathematic, sekarang dah pencen dan menetap di kampong halaman beliau di Kedah). Kehadiran Cikgu Yahya sangat mengharukan setelah puluhan tahun tak jumpa. Kami bangga akan kehadirannya bersama keluarga.