Sabtu, Disember 26, 2009

Renunglah sejenak.....

Al-Fatihah buat bonda tercinta, NORIZAH MOHD dan keluarga kerana kembalinya ke Rahmatullah bonda mereka malam tadi di Temerloh. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas Allahyarhamah.

'Yang hidup pasti akan mati' yang tinggal, teruskan hidup selagi hayat dikandung badan.
TERINGAT ZAMAN KANAK-KANAK - sewaktu di bangku Sekolah Rendah Kebangsaan Dungun Perempuan 2, arwah bonda kepada Jan, pandai buat kek, selalunya kami dapat makan kek hasil air tangan arwah bila penghujung 'penggal persekolahan', di mana jamuan kelas akan di adakan setiap cuti penggal (dulu 2 kali setahun cuti penggal persekolahan: pertengahan tahun dan akhir tahun), "ehhhh... betul ker nih... rasanya 2 kali setahun... ingat-ingat lupa pulak.... kalau silap, tolong betulkan kenyataan ini yer kekawan semua...") yang syoknya tu, time Jan bawa kek ke sekolah/kelas, berebut kita orang nak rasa kek beliau walaupun sepotong hanya sebesar ibu jari. Zaman itu, kek di katogerikan 'kuih' paling kelas gitu... bagi kami yang ibu/bapa tak tahu buat kek, nak makan kek hanya beli dari kedai, itu pun setahun sekalilah rasanya. Aku pandai buat kek setelah masuk ke sekolah menengah (tingkatan satu). Waktu itu, ada mata pelajaran 'Home Science' yang di ajar oleh Miss Khor. Kelas tersebut belajar memasak dan menjahit. Sejak 'tahu' buat kek, maka saban aidil adha dan aidil fitri aku akan buat kek walaupun 'kureng' menjadi, lama-kelamaan.... kira-kiranya 'ok lah tuuu'. Selain dari itu, aku juga buat kek yang diminta oleh jiran tertangga atau saudara mara siap dengan hiasan 'ising/cream' digubah mengikut kreativiti ku sendiri.(Masa ni, menang tempat ke3 diacara hias kek sempena Merdeka Fest Jabatan - redah jer,
tak buat apa persiapan pun, 'just walk in'.Bila direnong kembali.... seorang demi seorang ayah bonda kita pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Yang ada pada kita adalah harta berupa ilmu yang diberi, kesabaran yang di latih, keyakinan yang di asuh, serta kekuatan yang diajar untuk kita teruskan hidup ini sehingga tiba giliran kita pula di jemput oleh NYA.Sama-samalah kita berdoa agar roh ayah bonda kita yang telah pergi di tempatkan oleh NYA dalam gulungan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Sedia atau tidak, kita tidak akan terlepas dari KEMATIAN.