Ahad, Mac 28, 2010

Andainya aku pergi dulu sebelum mu... janganlah kau bersedih hati....

Saya mewakili isteri kepada arwah RUSTIN BIN HAMZAH ingin menyampaikan salam terima kasih di atas kerjasama dan keperihatian kekawan semua yang telah menziarahi serta hadir di pengebumian arwah pada 22hb. Mac 2010, di tanah perkuburan islam Seberang Pintasan Dungun, Terengganu.

Paling menarik dan menyentuh perasaan, ramai kekawan semasa di bangku sekolah hadir pada hari pengebumiannya. Sifat setia kawan yang sangat dibanggakan. Bukan hanya di sekitar daerah Dungun, yang dari Kuala Lumpur, Kemaman dan Kuala Terengganu juga turut pulang.

Semoga kekawan semua memaafkan segala kesilapan arwah semasa hayatnya samada kesilapan itu di sengajakan atau tanpa disedari. Sekiranya arwah ada berhutang dengan tuan puan sila hubungi isteri arwah untuk urusan penyelesaian.

Pada pendapat saya, andaikata hutang tersebut tak seberapa, sekadar RM satu atau dua, kita halalkanlah dunia akhirat ya....

Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada NYA. AMIN.

Ahad, Mac 21, 2010

Al-Fathihah

Sahabat kami saudara Rustin bin Hamzah telah kembali ke Rahmatullah selepas solat isyak (21 Mac 2010) di Pusat Rawatan Darul Shifaq Kuala Terengganu. Jenazah Allahyarham akan di kebumikan di tanah kelahirannya Seberang Pintasan sebelum zuhur esok 22 Mac 2010.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham di tempatkan dalam gulungan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin.

Akan ku sambung lagi kisah kawan ku ini....... bila masa mengizinkan.

Jumaat, Mac 19, 2010

Khabar seorang teman

Rostin bin Hamzah sekarang ini kurang sihat. Baru-baru ini berehat di Hospital Selayang. Sekarang berehat kat rumah beliau di Damansara. Beliau didapati mengidap penyakit buah pinggang, paru-paru dan kencing manis. Sama-samalah kita berdoa agar beliau dapat menjalani kehidupan 'sihat' seperti biasa.