Selasa, Julai 19, 2011

DESSian Gathering Hujung Syawal

Buat teman-teman semua.

DESSian Alumni gathering akan di adakan seperti berikut:

Tarikh:    24hb. September 2011
Masa:     2 petang
Tempat:  Residence Hotel @ UNITEN Putrajaya (hampir dengan Hospital Serdang dan sebelah dengan IKRAM)

Kos:      Akan diberitahu kemudian.  Standby lah lebih kurang RM60/head.  Mana-mana yang nak hulur lebih amat di alu-alukan.  Kali ini kita belanja makan kat cikgu-cikgu kita tu.  Bayaran secara bank in.  Sila email kehadiran melalui email saya zainunzmn@yahoo.com atau layari Facebook dan email address yang sama.

Kehadiran tuan/puan amat diharapkan bagi memeriahkan majlis yang mana setakat ini 3 orang guru kita akan menyertainya.  InsyaAllah.

Guru-guru yang dimaksudkan adalah:  Cik Gu Mohamad Ngah (guru sejarah, BM/Sastera, Cik Gu Tan Lai Tee (Mathematic) dan Cik Gu Lau Mong Seng (Mathematic).

Isnin, Februari 21, 2011

Bila nak 'gathering'?

Salam kekawan semua.  Lama dah tak jumpa.  Masing-masing sibuk dengan tugasan harian.  Samalah juga dengan saya.  Ingin dimaklumkan, satu perjumpaan akan di adakan pada hari raya kedua pada tahun ini (2011).  Cikgu Robiah sedia membantu bagi menjayakan majlis ini.  Sedikit kutipan akan dibuat dari kekawan semua sekitar RM30 atau mengikut kemampuan.  Kalau kekawan rasa nak bagi lebih, amat dialu alukan, maklumlah, sumbangan yang lebih dari tuan puan dapat menampung mana yang terkurang.  Nanti saya sambung lagi alkisah perjumpaan kita ini.

Ahad, Mac 28, 2010

Andainya aku pergi dulu sebelum mu... janganlah kau bersedih hati....

Saya mewakili isteri kepada arwah RUSTIN BIN HAMZAH ingin menyampaikan salam terima kasih di atas kerjasama dan keperihatian kekawan semua yang telah menziarahi serta hadir di pengebumian arwah pada 22hb. Mac 2010, di tanah perkuburan islam Seberang Pintasan Dungun, Terengganu.

Paling menarik dan menyentuh perasaan, ramai kekawan semasa di bangku sekolah hadir pada hari pengebumiannya. Sifat setia kawan yang sangat dibanggakan. Bukan hanya di sekitar daerah Dungun, yang dari Kuala Lumpur, Kemaman dan Kuala Terengganu juga turut pulang.

Semoga kekawan semua memaafkan segala kesilapan arwah semasa hayatnya samada kesilapan itu di sengajakan atau tanpa disedari. Sekiranya arwah ada berhutang dengan tuan puan sila hubungi isteri arwah untuk urusan penyelesaian.

Pada pendapat saya, andaikata hutang tersebut tak seberapa, sekadar RM satu atau dua, kita halalkanlah dunia akhirat ya....

Marilah kita sama-sama berdoa agar rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada NYA. AMIN.

Ahad, Mac 21, 2010

Al-Fathihah

Sahabat kami saudara Rustin bin Hamzah telah kembali ke Rahmatullah selepas solat isyak (21 Mac 2010) di Pusat Rawatan Darul Shifaq Kuala Terengganu. Jenazah Allahyarham akan di kebumikan di tanah kelahirannya Seberang Pintasan sebelum zuhur esok 22 Mac 2010.

Sama-samalah kita berdoa agar Allahyarham di tempatkan dalam gulungan orang-orang yang beriman serta dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Amin.

Akan ku sambung lagi kisah kawan ku ini....... bila masa mengizinkan.

Jumaat, Mac 19, 2010

Khabar seorang teman

Rostin bin Hamzah sekarang ini kurang sihat. Baru-baru ini berehat di Hospital Selayang. Sekarang berehat kat rumah beliau di Damansara. Beliau didapati mengidap penyakit buah pinggang, paru-paru dan kencing manis. Sama-samalah kita berdoa agar beliau dapat menjalani kehidupan 'sihat' seperti biasa.

Rabu, Februari 17, 2010

Apa kabar wahai teman....

Hmmmmm.....ku mohon kemaafan dari kelian kerana kurang masa untuk terus menulis di paparan ini. Masa sangat terhad dengan tanggungjawab seharian, seperti pernah ku bicarakan sebelum ini, aku adalah wanita, isteri, ibu, kakitangan di sebuah jabatan, rakyat Malaysia dan Hamba NYA.

Kurang bertemu di sini bukan bererti aku sudah meninggalkan blog ini, bukan bererti terus menyepi diri, cuma ruang masa tidak mengizinkan.

Kekawan semua, apa kabar kelian? anak isteri atau suami bagaimana? sihat? bahagia?. Doa kudus dariku agar kelian melalui kehidupan yang membahagiakan. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi kelian sebagaimana DIA melindungi orang-orang yang beriman dan bertakwa kepada NYA sebelum ini.

Hingga di sini buat sementara waktu. Jumpa lagi...

Ahad, Januari 10, 2010

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2010.

Syukur Alhamdulillah...... Masih bisa melihat mentari 2010.

Sedang fikir-fikirkan.... apa pula aktiviti untuk tahun 2010 ni.... jika kekawan ada idea, tolong bagi... kita kongsi idea tu....